Make your own free website on Tripod.com

 

 

                           

 

                          

                           GE6353 ASAS PENDIDIKAN KOMPUTER

 

 

Pensyarah : Puan Rosseni Din

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Matlamat Kursus:

Memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar mengenai perkara-perkara yang menjadi asas kepada pendidikan komputer bagi membolehkan mereka menghasilkan pengajaran subjek komputer berdasarkan falsafah pendidikan bersepadu serta mempetingkat dan mengoptimakan kemahiran dalam bidang perkomputeran melalui penghasilan bahan pengajaran berasaskan teknologi komputer. Selainitu, matlamat tidak langsung kursus ini ialah untuk menghasilkan guru yang mampu menjadi agen perubahan dalam pendidikan komputer dan mempertingkatkan kemahiran perancangan dan pengurusan penyelidikan dalam bidang tersebut.

Sinopsis Kursus:

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada amalan pengajaran dan pembelajaran(P&P) subjek komputer dan teknologi maklumat berdasarkan kurikulum bersepadu sekolah menengah(KBSM) dan falsafah Pendidikan Negara(FPN). Antara tajuk-tajuk yang akan dibincangkan ialah:

i.Falsafah dan kurikulum bersepadu dalam pendidikan komputer dan teknologi maklumat

ii. Pengajaran dan pembelajaran komputer dan teknologi maklumat sebagai subjek, pengajaran dan pembelajaran disepadukan komputer,pengajaran dan pembelajaran diuruskan komputer dan komunikasi berperantarakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

iii. Pertalian sains kognitif dalam pendidikan komputer yang merangkumi kepelbagaian kecerdasan, gaya belajar dan personaliti pelajar dan pengajar.

iv. Teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan pendidikan komputer dan teknologi maklumat.

v. Pendekatan, strategi dan perkaedahan pengajaran dan pembelajaran subjek komputer dan teknologi maklumat.

Kursus ini juga akan membincangkan isu-isu terkini berkenaan program pendidikan komputer dan teknologi maklumat di sekolah dan institusi latihan. Berdasarkan permasalahan serta isu-isu yang dibangkitkan, pelajar-pelajar diminta untuk membuat kajian lanjutan dan mengemukakan satu kertas seminar yang akan dibentangkan di akhir minggu ke-14. Kertas kerja ini hendaklah mencerminkan semua aspek yang telah dipelajari dalam kursus ini.

Objektif-objektif Kursus:

Di akhir kursus ini adalah diharapkan agar pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini dapat:

1. Mengetahui dan memahami teori-teori yang menjadi tunjang kepada pendidikan komputer.

2. Mengambilkira kepelbagaian kecerdasan, personaliti dan gaya belajar guru dan pelajar dalam menentukan aktiviti-aktiviti P&P serta penghasilan bahan pengajaran yang lebih global.

3. Mengetahui dan memahami kurikulum bersepadu dan pengaplikasiannya dalam pendidikan komputer dan teknologi maklumat.

4. Mengetahui isu-isu terkini berkenaan program pendidikan komputer dan teknologi maklumat di sekolah dan institusi latihan.

5. Melaksanakan kajian kesauran yang dapat menjustifikasikan kepentingan pengaplikasian konsep-konsep pendidikan komputer, teori-teori, strategi-strategi dan perkaedahan pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk mengemaskini kurikulum pendidikan komputer dan teknologi maklumat di sekolah dan institusi pendidikan yang lain.

6.Menghasilkan bahan pengajaran yang mengaplikasikan konsep-konsep pendidikan komputer, teori-teori, strategi-strategi dan pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan komputer dan teknologi maklumat dalam usaha untuk mengemaskini kurikulum pendidikan komputer dan teknologi maklumat di sekolah dan institusi pendidikan yang lain.

Makluman:

Kursus ini BUKAN kursus asas komputer(literasi komputer). Matlamat kursus adalah untuk memberi pengetahuan mengenai prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran komputer dan teknologi maklumat kepada guru-guru atau pegawai-pegawai pendidikan yang terlibat, bakal terlibat dan berminat untuk terlibat dalam P&P subjek komputer dan teknologi maklumat.