Make your own free website on Tripod.com

KEMAHIRAN KOMPUTER GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK

 

Tugasan 1

 

Universiti Kebangsaan Malaysia

GE 6353 ASAS PENDIDIKAN KOMPUTER

Wan Noraini binti Wan Daud

(P25913)

 

Pensyarah

Puan Rosseni Din

Abstrak

Satu tinjauan dilakukan terhadap guru-guru Sains dan Matematik di sekolah menengah disekitar USJ , Subang Jaya. Respondan yang terlibat adalah seramai 33 orang guru-guru Sains dan Matematik dari tiga buah sekolah iaitu SMK USJ 4, SMK USJ 12 dan SMK USJ 13 yang dikategorikan sebagai sekolah menengah harian dan satu lagi tinjauan dilakukan di sebuah sekolah berasrama penuh yang dinobatkan sebagai Sekolah Bestari pada tahun1999 iaitu Sekolah Alam Shah dimana seramai 17 orang daripada 18 orang guru-guru Sains dan Matematik telah memberi respon . Tinjauan dilakukan bertujuan untuk melihat tahap kemahiran komputer guru-guru terutamanya guru-guru Sains dan Matematik, untuk menentukan samaada terdapat perbezaan yang signifikan  diantara Sekolah Menengah Harian dengan Sekolah Bestari dari segi kemahiran komputer guru-guru.Lapan kemahiran yang dikategorikan sebagai kemahiran asas dalam kemahiran komputer iaitu asas penggunaan komputer, pemprosesan perkataan , komunikasi dan internet, ‘desktop Publishing’, integrasi multimedia, pengkalan data, ‘spread sheet’ dan penggunaan bahan-bahan di cakera padat di tinjau.. Dapatan menunjukkan tahap kemahiran komputer guru-guru Sains dan Matematik di Subang Jaya mempunyai tahap kemahiran yang rendah kecuali pemprosesan perkataaan yang digunakan untuk membuat soalan-soalan.manakala di Sekolah Bestari tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kemahiran guru-guru apabila dibandingkan dengan Sekolah Menengah Harian  kecuali dalam penggunaan teknologi CD dan penggunaan komunikasi internet.  Tinjauan ini juga bertujuan untuk melihat samaada pembudayaan penggunaan komputer telah berlaku dikalangan guru-guru di Sekolah Bestari memandangkan kemudahan-kemudahan ICT telah dibekalkan ke sekolah-sekolah tersebut hampir lima tahun iaitu sejak ia dipilih sebagai Sekolah Bestari, dari hasil tinjauan pembudayaan itu masih belum berlaku sepenuhnya .Dari dapatan didapati adalah penting bagi guru-guru memperbaiki diri atau membuat perancangan saperti mengadakan latihan dalaman bagi meningkatkan tahap kemahiran guru-guru demi untuk mempercepatkan lagi pembentukan masyarakat yang bergantung penuh kepada guru-guru. Pihak-pihak Pentadbir Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah begitu juga Jabatan Pendidikan Negeri perlu mengambil inisiatif membantu guru-guru mempertingkatkan kemahiran komputer guru-guru di tempat masing-masing.

 

 

PENGENALAN

 

Untuk mencapai  negara maju menjelang tahun 2020, pendidikan di Malaysia menjadi semakin mencabar. Dalam  menghadapi arus globalisasi Sains dan Matematik merupakan dua subjek yang sangat penting untuk membentuk masyarakat yang  berasaskan ilmu pengetahuan atau ‘ knowledge base society’.  Pada dasarnya kerajaan meletakkan sasaran iaitu 60:40 pelajar-pelajar mengambil aliran sains berbanding aliran sastera. Ini merupakan sasaran yang tinggi yang perlu dicapai dan menjadi cabaran kepada guru-guru sains dan matematik untuk memenuhinya. .

Dalam proses pengajaran ,penggunaan pelbagai media adalah diutamakan untuk merangsang pemikiran pelajar, namun begitu komputer merupakan media penting yang digunakan untuk membantu guru-guru menangani cabaran dunia kini dalam memantapkan  ilmu sains dan matemtik di kalangan pelajar-pelajar

Di Malaysia penggunaan komputer di sekolah-sekolah telah diperkenalkan seawal 80an lagi dimana komputer-komputer ini digunakan sebagai alat bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru (Mohd Daud Hamzah 1995) .Program-program komputer dalam pendidikan di Malaysia iaitu projek Pengenalan kepada komputer 1986, projek literasi komputer 1992, projek P&P berbantukan komputer 1994, projek Jaringan Pendidikan 1995 dan Konsep Sekolah Bestari 1996. Penggunaan komputer dalam  pengajaran dan pembelajaran  Sains dan Matematik bermula apabila Konsep Sekolah Bestari mula dilaksanakan disekolah-sekolah terpilih mulai awal tahun 1999

1.1 Kepentingan kemahiran komputer dikalangan guru-guru Sains dan Matematik

Pada 20 hb Mei 2002, Kabinet mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris di tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah di sekolah  kebangsaan mulai tahun hadapan (Utusan Malaysia 10 Ogos). Dengan pengumuman yang dibuat rata-rata semua lapisan masyarakat bercakap mengenainya, ada yang tidak bersetuju dan ada yang tidak dapat bayangkan bagaimana ia akan dilaksanakan memandangkan masa yang ada terlalu singkat untuk benar-benar menyediakan guru-guru yang selama ini mengajar  kedua-dua subjek dalam Bahasa Melayu. Cabaran yang dihadapi oleh para guru Sains dan Matematik amat besar dan masa depan generasi akan datang berada di tangan mereka.

Persoalannya bagaimana ia dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat dan berkesan. Dalam mencari jalan penyelesaian kerajaan mencadangkan ICT memainkan peranan penting dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (Utusan online).  ICT merupakan ‘tool’ yang akan digunakan bagi memudahkan dan membantu guru dalam proses P&P bagi kedua-dua subjek yang akan di ajar dalam Bahasa Inggeris.

Timbulnya persoalan yang seterusnya iaitu adakah guru-guru yang terlibat bersedia untuk menggunakan peralatan ICT dalam proses P&P nanti? Adakah guru-guru Sains dan Matematik mempunyai kemahiran komputer yang cukup untuk melalui proses P&P berbantukan komputer?

Bajet 2003 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memperuntukkan RM5 billion untuk tempoh antara tahun 2002 hingga 2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan kepada tenaga pengajar untuk memastikan kelancaran pelaksanaan pengajaran subjek-subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah . Sebahagian besar peruntukkan adalah untuk program latihan, menyediakan geran perintis kepada sekolah-sekolah dan juga peralatan bantuan pengajaran dan pendidikan,selain daripada kemudahan asas dan infrasturktur fizikal termasuklah keperluan ICT. Selain itu, guru-guru akan dibekalkan dengan komputer notebook , projector LCD dan pelbagai prasarana lain ( utusan online), akses Internet kepada 250 sekolah di pendalaman Sabah dan Sarawak di bawah perhubungan maya untuk mengatasi masaalah kedudukan geografi dan perhubungan, dengan menggunakan teknologi LAN wayarles dan Telefoni IP yang lebih murah serta kos efektif. Pada masa yang sama semua sekolah akan dilengkapkan dengan makmal komputer.

Segala kelengkapan dan bajet yang besar diperuntukkan untuk membantu guru melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmu Sains dn Matematik dalam Bahasa Inggeris, dalam masa yang singkat perisian-perisian bagi sebahagian tajuk dalam mata pelajaran tersebut telah pun siap,tetapi tidak semua topik mempunyai perisian yang telah disediakan. Dalam proses P&P Sains dan Matematik yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris terutamanya , guru-guru tidak hanya bergantung kepada bahan perisian yang disediakan oleh pihak kementerian tetapi juga perlu lebih kreatif menggunakan media komputer untuk membantu dalam proses tersebut samaada secara membina perisian multimedia atau mengakses maklumat yang sesuai di internet.

Terdapat beberapa kajian berhubung dengan penggunaan dan persepsi guru terhadap komputer, walaupun terdapat banyak bahan pembelajaran maya bagi guru-guru di internet namun masih terdapat kurang yang bersesuaian dengan kehendak guru dan yang lebih penting bahan-bahan yang terdapat di internet ditulis dalam bahasa Inggeris(Mohamed amin Embi ,2001).

Konsep Sekolah Bestari yang telah mula melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan komputer pada tahun 1999 merupakan projek awal kerajaan untuk membudayakan ICT dikalangan pelajar-pelajar  dan guru-guru. Namun begitu tidak semua sekolah-sekolah terlibat. Sekolah-sekolah rintis projek ini hanya terdiri daripada 90 buah sekolah-sekolah yang terpilih dan harapannya menjelang tahun 2010 semua sekolah akan menjadi Sekolah Bestari.

Sehingga hari ini banyak kajian telah dijalankan saperti kajian penggunaan perisian-perisian subjek yang dibina, keberkesanan latihan guru Bestari dan berbagai aspek lagi. Antara dapatan kajian bagi kajian penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dikalangan guru Sains KBSM di sekolah Bestari mendapati guru mempunyai kemahiran dalam aspek penggunaan perisian tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam pembinaan perisian.( Mohd Izam,Jamalul Lail dan Siti Rodzila ,2000).

1.2 Guru, Sains dan Matematik dan Komputer

Guru berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang akan membentuk masyarakat berilmu, cabaran globalisasi meletakkan peranan guru semakin penting dan mencabar. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang paling hampir dengan pelajar-pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta mengeatahui masaalah-masaalah yang dihadapi pelajar-pelajar.

Sains dan matematik merupakan dua subjek yang penting dalam membentuk masyarakat berilmu, masyarakat yang dapat bersaing dengan masyarakat dunia untuk menghadapi cabaran globalisi. Sains dan Matematik merupakan asas kepada profesion-profesion yang kritikal saperti Jurutera, Doktor, Saintis yang kepakaran mereka amat penting untuk pembangunan negara serta mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Proses pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek ini bukanlah satu perkara mudah. subjek Sains dan Matematik banyak menekankan konsep yang mendalam dan abstrak yang memerlukan pelajar berpemikiran kritis . Pendekatan inkuiri bagi subjek Sains terutamanya diperkenalkan dalam KBSR dan KBSM merupakan satu pendekatan yang menarik namun begitu tidak semua pengisian subjek Sains dapat dijalankan sedemikian di makmal-makmal, terdapat juga yang agak terbatas sebagai contoh penggunaan bahan radioaktif untuk menjana tenaga elektrik . Situasi begini akan membawa guru terpaksa berpatah balik kepada kaedah konvensional dengan memberi maklumat yang perlu dihafal oleh pelajar.

            Di era ICT pendekatan pengajaran dan pembelajaran telah berubah. Melalui penggunaan ICT proses pembelajaran di bilik darjah boleh menjadi lebih signifikan terutama apabila pelajar dapat mengakses kepada maklumat yang terkini dan berbagai, boleh dimanipulasikan dengan menggunakan komputer dan ditayangkan secara komputer grafik atau eksperimen dapat disimulasikan. Pelajar juga dapat berkomunikasi dengan guru dan rakan melalui pelbagai media untuk membincangkan hasil kajian dan kesimpulan (ED,1995). Multimedia dan Internet boleh mempertingkatkan pencapaian akademik , menggalakan kemahiran berfikir peringkat tinggi dan kemahiran menyelesaikan masaalah. Multimedia bermaksud terdapat lebih daripada satu media digunakan untuk menyampaikan maklumat melalui persembahan yang menggabungkan video, suara, grafik, gambar, animasi dan teks (Kannings, 1994). Penggunaan Multimedia Interaktif akan memberi peluang pelajar belajar dengan aktif dan memahami subjek dengan lebih meluas dan mendalam. Manakala penggunaan Internet akan membolehkan guru dan juga pelajar mengakses maklumat yang terkini dan berkualiti.

Menurut Byron (1997) pengintegrasian teknologi maklumat dalam kurikulum mempunyai potensi untuk meningkatkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran melalui

Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Sains teknologi digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. Contoh teknologi maklumat adalah penggunaan televisyen,radio,video,perisian komputer perisian kursus, internet, kemudahan telesidang (HSP Sains KBSM ,Sekolah Bestari,ms14) begitu juga bagi mata pelajaran Matematik. Perubahan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan dengan pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan . Maklumat bertukar dalam mod digital , dan kurikulum pendidikan telah berkembang dengan menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan guru. Menggabungkan multimedia dalam kelas telah menjadi satu trend yang global , sokongan kuat dari pihak kerajaan Malaysia dalam untuk menggabungkan teknologi di bilik darjah (Mat,2000). Saperti kenyataan Ketua Setiausaha di Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Johari bin Mat, di satu persidangan e-pembelajaran pada May 2000 di Kuala Lumpur, “ teknologi telah dan akan menjadi satu komponen penting pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita…..Pendekatan dalam pengajaran, menyediakan pengisian dan penyampaian bahan pembelajaran perlu diubahsuai mengikut kewujudan teknologi…. Guru sepatutnya dapat mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran”. Dari kenyataan tersebut tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar . Adakah guru-guru terutama guru-guru sains dan matematik bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran teknologi khususnya teknologi komputer untuk menghadapinya?

 Memandangkan adalah penting penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek yang penting. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukan yang disediakan oleh kerajaan  untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak berkemahiran segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia .

1.3 Apakah kemahiran –kemahiran komputer yang diperlukan?

Menurut kajian Norizan Abdul Razak dan Mohamed Amin Embi (2001) kemahiran komputer dikategorikan sebagai

ü      Pengetahuan mengenai komputer dan impak sosialnya - pengetahuan asas cirri-ciri dan terminology komputer,pengetahuan mengenai aplikasi komunikasi rangkaian dan pengetahun mengenai kesan ajaran berasaskan komputer dalam pendidikan dan masyarakat.(KNOW)

ü      Operasian Asas- keupayaan untuk menjalankan system pengendalian, memasang program komputer, mencetak dokumen dan menggunakan perisian aplikasi. Sebagai contoh pemprosesan perkataan, spreadsheet dan program persembahan.

ü      Internet Asas – keupayaan menggunakan brauser internet , penggunaan enjin pencarian dan menjalankan pencarian informasi.

ü      Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer- keupayaan mengintegrasikan software apliksi dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga mengapplikasikan program arahan.

ü      Pembelajaran dan pengajaran berasaskan web- berkeupayaan membimbing pelajar menggunakan brauser internet, enjin pencarian dan menggunakan bahan-bahan di internet.

ü      Komunikasi mediasi komputer- keupayaan untuk berhubung dan menjalankan konsultasi dengan pelajar diatas talian.

ü      Pengurusan berbantukan komputer- keupayaan menggunakan komputer untuk pengurusan kelas.

ü      Penilaian dan pentaksiran- keupayaan untuk menilai software dan program untuk kesesuaian kelas. Membina  dan menyimpan item-item ujian untuk pentaksiran kelas.

Di fakulti Pendidikan UKM , pelajar-pelajar tahun satu ditawarkan kursus komputer dimana pelajar-pelajar diharapkan dapat menguasai kemahiran komputer . Kemahiran komputer yang dimaksudkan ialah pemprosesan perkataan, spreadsheet, pengakalan data ,e-mail,enjin pencarian aplikasi persembahan dan pembinaan laman web. .(Siti Fatimah , Nor Sakinah,Aidah dan Rosseni 2001).

Kemahiran komputer sebenarnya bergantung kepada keperluan kumpulan sasaran , jika guru-guru di sekolah kebangsaan  merupakan kumpulan sasaran kemahiran komputer yang diperlukan berbeza . Caudron (1999) menakrifkan kemahiran asas komputer termasuklah kemahiran menggunakan perisian Microsoft Word dan Microsoft Excell. Dalam konteks pendidikan teknikal dan vokasional selain dari perisian Microsoft word dan Microsoft excel , kemahiran AutoCAD adalah salah satu kemahiran komputer yang perlu diterapkan di SM Vokasional sebagai asas kepada penguasaan teknologi moden (Sulaiman et.al 1994).

Menurut penulis buku Teachers , Computers and Curricullum kemahiran komputer guru bergantung kepada keperluan dan minat.(2000.ms37)                                                                                            

Keperluan dan minat

Aplikasi program

Menulis dan mencetak teks dan grafik

Pemprosesan perkataan

Merekod dan memanipulasikan  angka

Spread sheet

Penyimpanan dan manipulasi perkataan dan data berangka

Pengakalan data

Membuat fliers, banner, pengumuman dan newsletter

Publisher

Menghasilkan transparensi pancaran

Program persembahan

 

2.1 Tinjauan terhadap kemahiran komputer guru-guru Sains dan Matematik

Satu tinjauan untuk melihat tahap kemahiran komputer guru-guru Sains dan Matematik telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah kerajaan yang terletak di bandar iaitu Sekolah Menengah USJ 4, Sekolah Menengah USJ 12 dan Sekolah Menengah USJ 13 yang terletak di Subang Jaya. Sekolah-sekolah ini di kategorikan sebagai sekolah Bandar yang perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2003 dengan menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar. Manakala sebuah lagi sekolah ditinjau  ialah Sekolah Alam Shah yang merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih sebagai Sekolah Bestari sejak tahun 1998. Perbandingan hasil kajian akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran komputer guru-guru Sains dan Matematik di sekolah harian biasa yang perlu menggunakan komputer mulai tahun ini berbanding dengan Sekolah Bestari yang telah menggunakan komputer untuk pengajaran mulai 1999.

Kemahiran komputer bagi tujuan ini didefinasikan sebagai mempunyai pengetahuan dalam konsep komputer dan mempunyai kemahiran untuk mengendalikan sesuatu tugasan dalam situasi pengajaran berbantukan komputer.Namun kemahiran komputer yang ditinjau adalah berdasarkan keperluan guru sains dan matematik yang paling asas. Persoalan-persoalannya adalah saperti berikut

i.                     Adakah guru mempunyai kemahiran asas mengguna komputer ?

ii.                   Adakah guru berkemahiran dalam pemprosesan perkataan?

iii.                  Adakah guru berkemahiran menggunakan internet sebagai alat komunikasi dan mengakses maklumat?

iv.                 Adakah guru berkemahiran membuat ‘desktop publishing’?

v.                   Adakah guru berkemahiran membuat persembahan multimedia menggunakan alat pengarangan multimedia?

vi.                 Adakah guru berkemahiran dalam Pengkalan Data?

vii.                Adakah guru berkemahiran  dalam ‘spread sheet’?

viii.              Adakah guru berkemahiran dalam teknologi CD?

 

2.2. Kepentingan Kajian

Kajian ini akan membuat penilaian terhadap tahap kemahiran komputer guru-guru Sains dan Matematik. Hasil kajian ini akan menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengarah Pendidikan Negeri  tentang tahap kemahiran komputer guru-guru Sains dan Matematik . Maklumat ini akan membantu pihak berkenaan dalam membuat perancangan dan strategi untuk memperlengkapkan guru-guru Sains dan Matematik dengan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam menghadapi era globalisasi dimana sains dan matematik merupakan teras pembangunan masyarakat berilmu yang bermula dari peringkat persekolahan.

Penyelidikan terhadap keberkesanan kursus kemahiran komputer guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat membantu pihak berkenaan untuk mengambil langkah –langkah menyelesaikan masaalah tersebut dan langkah-langkah untuk memperbaiki perancangan latihan yang dirancang untuk guru-guru. Dan akhir sekali kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain dan individu-individu yang terbabit  secara langsung dalam pembangunan guru-guru Sains dan Matematik dalam mengahadapi cabaran  dan impak globalisasi.

2.3 Metodologi kajian

Respondan tinjauan ini terdiri dari guru-guru Sains dan Matematik di Daerah Petaling.Tiga buah sekolah di Subang Jaya telah dipilih dan sekolah-sekolah tersebut adalah

i.                     Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4

ii.                   Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12

iii.                  Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13

Sekolah-sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah Gred B di kawasan Bandar, dan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah ini merupakan pelajar-pelajar dari kawasan perumahan USJ Subang Jaya. Seramai 33 orang guru-guru Sains dan Matematik telah memberi respon dari 40 orang guru-guru Sains dan Matemtik yang terdapat diketiga-tiga buah sekolah. Satu set soalselidik telah dijawab oleh guru-guru tersebut .

Dan sebuah Sekolah Bestari iaitu

i.                     Sekolah Alam Shah

Merupakan sebuah sekolah yang terpilih menjadi Sekolah Bestari sejak tahun 1999. Sekolah ini telah mendapat kemudahan ICT pada tahap  Sekolah Bestari Gred A. Di setiap kelas bagi tingkatan satu hingga tiga telah disediakan lima buah komputer yang bersambung ke internet. Terdapat bilik kerja guru yang disediakan sebanyak sepuluh buah komputer untuk kegunaan guru menjalankan kerja-kerja penyediaan bahan pengajaran yang juga bersambung ke internet. Terdapat juga lima buah komputer disediakan dimakmal-makmal Sains. Seramai 17 orang guru memberi respon daripada 18   orang guru-guru Sains dan Matematik

Soalselidik terdiri dari Bahagian A iaitu demografi guru dan Bahagian B iaitu kemahiran-kemahiran penggunaan asas komputer, pemprosesan perkataan, ‘desktop publishing’, Integrasi multimedia,Pangkalan Data, ‘spread sheet’ dan penggunaan CD. Data-data dikumpul dan analisis dibuat dalam bentuk peratusan. Jika peratusan setiap aspek melebihi 85 % ini dikatakan sangat baik, 70% hingga 84% dikatakan baik, 50% hingga 69% adalah sederhana manakala jika kurang dari 50% dikatakan tahap rendah   

  2.4 Dapatan kajian

a)                  Demografi

Sekolah Menengah Harian

Sekolah Bestari

Dari hasil kajian hanya 6% dari bilangan respondan terdiri dari guru-guru lelaki, selainnya adalah guru-guru perempuan , 84% merupakan guru-guru berijazah manakala 9% terdiri dari guru-guru yang mempunyai sarjana manakala 6% lagi adalah guru-guru diploma dan 64% berumur lebih dari 35 tahun dan ini bermaksud majority guru-guru sains dan matematik terdiri dari guru-guru yang berpengalaman.

Dari hasil kajian terdapat 29% dari bilangan responden terdiri guru-guru lelaki dan 71% guru-guru perempuan.82% mempunyai ijazah pertama manakala 18% mempunyai sarjana. 83% guru berumur lebih daripada 35 tahun.ini menunjukkan guru-guru terdiri daripada guru-guru yang berpenglaman.

 

Dapatan kajian menunjukkan terdapat ramai guru-guru yang berpengalaman mengajar di sekolah-sekolah yang ditinjau. Ini adalah kerana lebih daripada 60% guru-guru berumur Sains dan Matematik berumur lebih daripada 35 tahun.

b)                  Asas penggunaan komputer

Sekolah Menengah Harian

Sekolah Bestari

Dalam asas penggunaan komputer terdapat juga segelintir yang tidak mahir dalam beberapa aspek saperti membuat folder baru 21% tidak dapat melakukannya.  Seramai 36% guru-guru tidak tahu bagaimana hendak membuat kerja-kerja dikomputer dengan beberapa tetingkap dibuka serentak.

Secara keseluruhan guru-guru mempunyai asas kemahiran yang baik hanya terdapat 12% tidak tahu membuat folder baru,12% tidak tahu atau boleh menyimpan sesuatu dokumen dalam folder tertentu dan terdapat 29% yang tidak tahu bagaimana hendak membuat kerja-kerja dikomputer dengan beberapa tetingkap dibuka serentak.

Terdapat juga peratusan guru yang tidak mahir dalam kemahiran tertentu asas penggunaan komputer iaitu membuat folder dan membuka beberapa tetingkap serentak.Walaupun peratusan kecil ,ini menunjukkan masih terdapat beberapa orang guru yang masih belum menguasai asas komputer. Perbandingan antara kedua-dua jenis sekolah menunjukkan tidak jauh perbezaan dalam aspek ini.

c)                  Pemprosesan perkataan

Sekolah Menengah Harian

Sekolah Bestari

Hanya satu aspek sahaja yang masih kurang mantap iaitu terdapat 21% yang tidak tahu untuk memformatkan teks. Yang lainnya adalah sangat baik kerana melebihi 85% bilangan guru yang mempunyai kemahiran-kemahiran tersebut..

Kemahiran pemprosesan perkataan adalah tinggi hampir 90% mempunyai semua aspek kemahiran pemprosesan perkataan.Terdapat 6-12% guru yang masih tidak menguasai kemahiran-kemahiran . Ini bermakna terdapat seorang guru yang tiada kemahiran dalam pemprosesan perkataan.

Situasi ini mungkin disebabkan guru-guru menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan soalan-soalan ujian dan juga bahan lampiran tugasan.

d)                  Komunikasi dan Internet

Sekolah Menengah Harian

Sekolah Bestari

Dari aspek melayari internet  70% guru-guru dapat melakukannya. Bagi komunikasi iaitu penggunaan e-mail 70% tahu menggunakan e-mail tetapi hanya 40% sahaja yang tahu bagaimana hendak ‘upload dan download attachment’.

Dari aspek kemahiran melayari internet, 82% guru-guru mempunyai kemahiran tersebut 82% mahir mengguna e-mail, tetapi terdapat 35% yang masih tidak boleh ‘upload dan download attachment’

Untuk persediaan zaman akan datang di mana e-pembelajaran ditekankan adalah penting seseorang guru mempunyai kemahiran asas komunikasi dan internet. Jika dibandingkan antara kedua-dua jenis sekolah ,tida perbezaan yang signifikan bilangan guru yang mempunyai kemahiran-kemahiran ini.

e)                  Desktop Publishing

Sekolah Menengah Harian

Sekolah Bestari

Hanya 42% tahu membuat brosur, ‘flyers’menggunakan grafik sedia ada, hanya 39% tahu mengimport gambar dari CD, hanya 33% tahu menggunakan ‘scanner’, 48% boleh mendapatkan gambar dan grafik dari Internet dan hanya 27% tahu untuk membuat grafik sendiri dengan menggunakan ‘draw’.Kesimpulan disini tahap kemahiran guru dalam ‘desktop publishing’ ini sangat rendah kerana hanya segelintir yang mempunyai kemahiran dalam kemahiran ini.

Hanya 47% tahu membuat brosur, ‘flyers’menggunakan grafik sedia ada, hanya 47% tahu mengimport gambar dari CD, hanya 59% tahu menggunakan ‘scanner’, 76% boleh mendapatkan gambar dan grafik dari Internet dan hanya 53% tahu untuk membuat grafik sendiri dengan menggunakan ‘draw’.Kesimpulannya tidak ramai guru yang mahir dalam kemahiran ‘desktop publishing’

Penggunaan ‘desktop publishing ini bukan hanya menjurus kepada menghasilkan brosur ketika ada sesuatu majlis, malah penggunaannya boleh dipelbagaikan kepada pembinaan alat Bantu mengajar.Terdapat lebih ramai guru-guru sekolah bestari berkemahiran  mendapatkan gambar internet , mengguna alat pengimbas dan boleh menggunakan tool draw.Ini berkemungkinan guru-guru di sekolah mempunyai akses kepada peralatan saperti ‘scanner’dan sambungan internet di sekolah. Manakala di sekolah-sekolah menengah harian kemudahan-kemudahan ini masih belum dapat diakses oleh guru-guru.

f)                    Integrasi multimedia

Sekolah Menengah Harian

Sekolah Bestari

Seramai 55% guru-guru sains dan matematik mempunyai kemahiran membina persembahan menggunakan Power point. 12% tahu menggunakan authorware , 6 % tahu menggunakan Flash dan 15% boleh membina laman web. Dalam membina persembahan kemahiran-kemahiran saperti memasukkan bunyi,suara dan muzik hanya 42%, memasukkan unsur video 30%, animasi persembahan 36%dan hanya 24% tahu merakamkan suara.

Seramai 76% guru-guru mempunyai kemahiran membina persembahan menggunakan Power point. 29% tahu menggunakan authorware , 12% tahu menggunakan Flash dan 24% boleh membina laman web. Dalam membina persembahan kemahiran-kemahiran saperti memasukkan bunyi,suara dan muzik hanya 41%, memasukkan unsur video 35%, animasi persembahan 35%dan hanya 29% tahu merakamkan suara. Dan terdapat 41% boleh memasukkan bahan dari internet atau CD pada persembahan multimedia.

Peratusan yang rendah bagi kedua-dua jenis sekolah kecuali kemahiran persembahan power point 76% dari guru-guru sekolah Bestari dan 55% dari guru-guru sekolah menengah harian.Penggunaan Power Point dapat membantu guru-guru dalam menghasilkan modul pengajaran yang ringkas.

g)                  Pangkalan Data

Sekolah Menengah Harian

Sekolah Bestari

Boleh membina hanya 18%, tahu menggunakan pangkalan data 21% dan boleh menghasilkan laporanb hanya 15%.

Boleh membina hanya 18%, tahu menggunakan pangkalan data 24% dan boleh menghasilkan laporan hanya 24%

Tidak ramai guru yang berkemahiran Pangkalan data. Ianya tidaklah merupakan kemahiran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran hanya berguna untuk pengurusan guru .

h)                  Spread sheet

Sekolah Menengah Harian

Sekolah Bestari

Dalam  Spread sheet , 45% guru boleh membina dan menggunakannya dalam format mudah kerana hanya 30% tahu membentangkan data dalam bentuk grafik dan hanya 24% tahu menggunakan formula-formula.

Dalam kemahiran  Spread sheet , 29% guru boleh membina dan menggunakannya dalam format mudah kerana hanya 29% tahu membentangkan data dalam bentuk grafik dan hanya 35% tahu menggunakan formula-formula.

Bilangan yang mahir juga tiada perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis sekolah.

i)                    Teknologi CD/DVD

Sekolah Menengah Harian

Sekolah Bestari

Penggunaan CD 42%, masih pada tahap yang rendah, hanya 48% tahu bagaimana hendak meneroka dan menilai CD untuk penggunaan pendidikan  dan hanya 30% tahu hendak ‘instal’ program. CD-CD pembelajaran banyak terdapat dipasaran yang boleh dikatakan ‘user friendly’. Dari hasil tinjauan menunjukkan masih ramai guru-guru sains dan matematik menghadkan pengetahuan mereka hanya kepada buku teks. Dengan meneroka CD pembelajaran guru-guru dapat mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran mereka.

Penggunaan CD 65%, masih pada tahap yang rendah, hanya 71% tahu bagaimana hendak meneroka dan menilai CD untuk penggunaan pendidikan  dan hanya 71% tahu hendak ‘instal’ program. Peratusanyang tinggi menunjukkan ramai guru-guru di Sekolah Bestari membuat persedian mengajar tidak hanya merujuk kepada buku-buku teks sahaja.

Disini perbezaan antara kedua-dua jenis sekolah amat ketara. Ini berkemungkinan ramai guru-guru Sekolah bestari telah membudayakan diri membuat perancangan dengan meneroka serta mengguna CD untuk pembelajaran.

2.5 Rumusan, implikasi dan cadangan

Dari hasil tinjauan yang dibuat dapat dilihat ramai guru berkemahiran dalam pemprosesan perkataan . Ini bermaksud penggunaan pemprosesan perkataan dikalangan guru-guru sains dan matematik adalah tinggi, guru-guru menggunakannya untuk membuat soalan-soalan peperiksaan dan juga nota-nota. Namun begitu terdapat beberapa kemahiran yang perlu didedahkan saperti membuat folder baru.

Walaupun penggunaan internet pada tahap yang baik iaitu ramai yang berkemahiran tetapi  kemahiran ‘upload dan download attachment’ masih pada peringkat yang perlu diperbaiki kerana kemahiran ini terutama apabila pengajaran dan pembelajaran telah melampaui waktu persekolahan dan tugasan-tugasan dapat dihantar dan diterima dari pelajar terutama apabila e-pembelajaran ditekankan tidak lama lagi. Apabila generasi akan datang menjadi lebih biasa dengan penggunaan komputer dan internet, mereka mengharapkan informasi dibilik darjah akan turut sama (Tapscott,1998)

Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Bestari kecuali dalam penggunaan teknologi CD. Walaupun konsep Sekolah Bestari telah lama dilaksanakan sejak tahun1999 dan peralatan serta kemudahan ICT telah dibekalkan kesekolah tersebut tetapi masih ramai tidak membudayakan penggunaan ICT secara menyeluruh.

 Isu yang kerap disebut ialah mengenai perlunya penggunaan multimedia dalam rancangan pembelajaran dan kurikulum(Mat.2000) Proses  pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Power point dengan input-input saperti rakaman suara, kemasukan video,grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Tidak semua bahan pengajaran telah tersedia dan kemahiran guru dalam subjek dapat dicurahkan dalam subjek dan kaedah pengajaran dapat dipelbagai , dan peralatan-peralatan ICT yang dibekalkan ke sekolah-sekolah tidak menjadi gajah putih yang hanya digunakan untuk membuat soalan-soalan peperiksaan.

Dari data-data tersebut menunjukkan tidak ramai guru-guru yang telah menguasai kemahiran komputer yang asas yang dapat memberi faedah kepada guru-guru dan juga pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Adalah penting bagi setiap guru sains dan matematik memperlengkapkan diri dengan kemahiran –kemahiran tersebut kerana guru-guru merupakan tunjak perkembangan pendidikan negara dan pembina masyarakat berilmu yang menjadi sasaran utama negara berlandaskan penggunaan informasi teknologi maklumat.

Dari dapatan ini juga diharap pihak pentadbir sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan dapat membuat perancangan melatih guru-guru dalam kemhiran-kemahiran komputer dengan lebih terperinci manakala guru-guru perlu mempunyai kesediaan untuk belajar dan menguasai  kemahiran-kemahiran tersebut.          

Walaubagaimanapun dapatan kajian ini tidak boleh digunakan untuk membuat generalisasi terhadap semua sekolah menengah harian dan semua Sekolah Bestari.Ini adalah kerana faktor-faktor lain juga perlu diambil kira saperti kemudahan peralatan ICT, sikap, faktor geografi dan perdedahan (exposure) yang mungkin akan memberi dapatan yang berbeza walaupun dari jenis sekolah yang sama.   

 

Bibliografi   :

Dusick, D.M. 1998. What social cognitive factors influence faculty member’s use of computer for teaching. A. liture review.Journal of research on Computing in Education v31.No2, P123-137.Washington

Gagne, Robert M., & Medsker, K.L. 1996. The conditions of learning training applications. Orlando: Harcourt Brace & Company

Knezek, G. & Christensen, R.1997. Internal consistency for the teachers’ attitudes toward information technology questionaire, Presented at the Society of information technology & Teacher Education(SITE)’s International Conference,Washington DC, March 13

Mohd Amin Embi. 2001, Development and evaluation of SMART NET as an internet-based teaching and learning.Unplubshed Faculty Research Report. Faculty of Education.UKM Bangi.

Norhayati Abd. Mukti.1995. Factors related to teacher use of computer Technology in Malaysia. UMI.

Norizan binti Abdul Razak 1998. CALL: some pedagogical issues. Faculty of Language Studies Publication Series: UKM Bangi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lampiran 1

 

KEMAHIRAN KOMPUTER GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK :

SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI

SUBANG JAYA

 

 


Segala maklumat yang anda berikan dalam soalselidik ini hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja dan akan dirahsiakan. Sila tandakan butiran mengikut pengalaman anda sendiri.

 

BAHAGIAN A: Demografi

 

 Sila tandakan  [  Ö  ]   pada ruang yang berkenaan                                                                                       

 

1.         Jantina :            Lelaki       2                   Perempuan     31

 

2.         Umur : 21 – 25 tahun        1                  26 – 30 tahun   4              31 - 35 tahun   7

 

                        36 – 40 tahun       7                  41 ke atas         14

 

 

3.         Kelulusan Ikthisas/akdemik tertinggi

           

            Sijil Perguruan Asas                  [   ]

            Diploma Perguruan                    [ 2  ]

            Sarjana Muda                           [ 28]

            Sarjana                                     [ 3  ]

 

4.         Bidang yang diajar

 

            Sains                [  17  ]                          Matemtik             [ 16   ]

 

 

 

 

BAHAGIAN B –   Kemahiran – kemahiran komputer

 

Untuk item-item seterusnya , tandakan  [ / ] hanya satu jawapan sahaja dengan panduan skala saperti berikut

 

1        -  ya

2        -  tidak

3        -  tidak memahami maksud

 

 

Asas penggunaan

 

%

1

%

2

 

3

1

Saya boleh memulakan dan  menutup system komputer (Start up and shut down computer system and peripherals)

100

0

 

2

Saya boleh mengenalpasti dan menggunakan ikon-ikon,window dan menu

 

100

0

 

3

Saya boleh memasukkan dan mengeluarkan disket dan CD

 

79

21

 

4

Saya boleh membuat folder baru dan menamakannya

 

79

21

 

5

Saya boleh menyimpan , membuka, dan meletakkan sesuatu dokumen didalam folder tertentu

94

6

 

6

Saya boleh membuka dan bekerja dengan lebih dari satu aplikasi pada masa yang sama.

64

36

 

 

 

Pemprosesan Perkataan

%

1

%

2

 

3

1.

Saya dapat membuka dokumen sedia ada (open existing documents)

 

100

0

 

2.

Saya dapat membuat dokumen baru (create new documents)

 

88

12

 

3.

Saya dapat formatkan teks (format text)

 

79

21

 

4.

Saya dapat masukkan nombor muka surat (page numbers)

 

85

15

 

5.

Saya dapat memotong, menyalin dan menampal (cut,copy and paste)

 

97

3

 

6.

Saya boleh melakukan semakan ejaan (spell check)

 

88

12

 

7.

Saya boleh preview dan cetak dokumen (preview dan print documents)

 

97

3

 

8.

Saya boleh menyimpan dokumen  (save documents)

 

100

0

 

 

 

 

Komunikasi dan Internet

 

1

 

2

 

3

1.

Saya dapat sambung ke world wide web (www) dan memasuki ke alamat-alamat web

70

30

 

2.

Saya boleh membuat carian menggunakan enjin pencarian (search engines) ct googles,yahoo dan sbgnya

70

30

 

3.

Saya boleh menghantar dan menerima pesanan melalui mail elektronik (e-mail)

70

30

 

 

4.

Saya boleh ‘download’ dan ‘upload’ lampiran

 

40

60

 

 

 

 

 

Desktop Publishing

 

1

 

2

 

3

1

Saya boleh membuat brosur, ‘flyers’dan /atau poster dengan mengimport gambar grafik dari fail yang sedia ada di drive c

42

58

 

2

Saya boleh mengimport grafik dan gambar dari CD ‘photo galery’

 

39

61

 

3

Saya boleh menggunakan alat pengimbas ‘scanner’untuk mengimport grafik dan gambar

33

67

 

4

Saya boleh mendapatkan gambar dan grafik dari internet

 

48

52

 

5

Saya boleh membuat grafik sendiri dengan program melukis (draw)

 

27

73

 

 

 

 

 

Integrasi Multimedia

 

1

 

2

 

3

1.

Saya boleh membina persembahan multimedia menggunakan Power Point

 

55

45

 

2.

Saya boleh membina persembahan multimedia menggunakan alat pengarangan  Authorware

12

88

 

3.

Saya boleh membina persembahan multimedia menggunakan alat pengarangan Flash

6

94

 

4

Saya boleh membina persembahan tak linear saperti laman web

 

15

85

 

5.

Saya boleh memasukkan unsur bunyi ,suara atau muzik ke persembahan multimedia saya

42

58

 

6.

Saya boleh memasukkan unsure audio dan video ke persembahan multimedia saya

30

70

 

7.

Saya boleh membuat animasi pada persembahan yang saya bina.

 

36

64

 

8.

Saya boleh membuat rakaman suara dan menyimpan fail tersebut

 

24

76

 

 

 

Pengkalan Data (Data Base contoh microsoft excess)

 

1

 

2

 

3

1

Saya boleh membina pengkalan data

 

18

82

 

2

Saya boleh menggunakan pengkalan data

 

21

79

 

3

Saya boleh menghasilkan laporan menggunakan pengkalan data

 

15

85

 

 

 

Spread sheet (microsoft excel)

 

1

 

2

 

3

1

Saya boleh membina dan menggunakan spreadsheet

 

45

55

 

2

Saya boleh membentangkan maklumat dari spreadsheet secara grafik

 

30

70

 

3

Saya boleh memasukkan formula-formula untuk penggunaan komputasi spreadsheet

24

76

 

 

 

Teknologi CD/DVD

 

1

 

2

 

3

1

Saya menggunakan CD/DVD saperti ensaiklopedia,clip art, aktiviti pembelajaran dan permainan

42

58

 

2

Saya tahu bagaimana untuk meneroka dan menilai CD/DVD untuk penggunaan pendidikan

48

52

 

3

Saya tahu bagaimana hendak ‘install sofware’

 

30

70

 

Wannoraini2003ukm

 

 

 

 

Lampiran 2

 

KEMAHIRAN KOMPUTER GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK :

SATU TINJAUAN DI SEBUAH SEKOLAH BESTARI

 

 

 


Segala maklumat yang anda berikan dalam soalselidik ini hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja dan akan dirahsiakan. Sila tandakan butiran mengikut pengalaman anda sendiri.

 

BAHAGIAN A: Demografi

 

 Sila tandakan  [  Ö  ]   pada ruang yang berkenaan                                                                                       

 

1.         Jantina :            Lelaki       5                   Perempuan     12

 

2.         Umur : 21 – 25 tahun        1                  26 – 30 tahun   -               31 - 35 tahun  2 7

 

                        36 – 40 tahun       4                  41 ke atas         10

 

 

3.         Kelulusan Ikthisas/akdemik tertinggi

           

            Sijil Perguruan Asas                  [   ]

            Diploma Perguruan                    [   ]

            Sarjana Muda                           [ 14]

            Sarjana                                     [ 3  ]

 

4.         Bidang yang diajar

 

            Sains                [  9  ]                            Matemtik             [ 8  ]

 

5.         Pernah menghadiri kursus komputer ya[ 8]         tidak [9]

 

 

BAHAGIAN B –   Kemahiran – kemahiran komputer

 

Untuk item-item seterusnya , tandakan  [ / ] hanya satu jawapan sahaja dengan panduan skala saperti berikut

 

4        -  ya

5        -  tidak

6        -  tidak memahami maksud

 

 

Asas penggunaan

 

%

1

%

2

 

3

1

Saya boleh memulakan dan  menutup system komputer (Start up and shut down computer system and peripherals)

100

0

 

2

Saya boleh mengenalpasti dan menggunakan ikon-ikon,window dan menu

 

100

0

 

3

Saya boleh memasukkan dan mengeluarkan disket dan CD

 

100

0

 

4

Saya boleh membuat folder baru dan menamakannya

 

88

12

 

5

Saya boleh menyimpan , membuka, dan meletakkan sesuatu dokumen didalam folder tertentu

88

12

 

6

Saya boleh membuka dan bekerja dengan lebih dari satu aplikasi pada masa yang sama.

71

23

6

 

 

Pemprosesan Perkataan

%

1

%

2

 

3

1.

Saya dapat membuka dokumen sedia ada (open existing documents)

 

100

0

 

2.

Saya dapat membuat dokumen baru (create new documents)

 

94

6

 

3.

Saya dapat formatkan teks (format text)

 

82

12

6

4.

Saya dapat masukkan nombor muka surat (page numbers)

 

94

6

 

5.

Saya dapat memotong, menyalin dan menampal (cut,copy and paste)

 

94

6

 

6.

Saya boleh melakukan semakan ejaan (spell check)

 

88

12

 

7.

Saya boleh preview dan cetak dokumen (preview dan print documents)

 

88

12

 

8.

Saya boleh menyimpan dokumen  (save documents)

 

94

6

 

 

 

 

Komunikasi dan Internet

 

1

 

2

 

3

1.

Saya dapat sambung ke world wide web (www) dan memasuki ke alamat-alamat web

82

18

 

2.

Saya boleh membuat carian menggunakan enjin pencarian (search engines) ct googles,yahoo dan sbgnya

82

18

 

3.

Saya boleh menghantar dan menerima pesanan melalui mail elektronik (e-mail)

82

18

 

 

4.

Saya boleh ‘download’ dan ‘upload’ lampiran

 

65

29

6

 

 

 

 

Desktop Publishing

 

1

 

2

 

3

1

Saya boleh membuat brosur, ‘flyers’dan /atau poster dengan mengimport gambar grafik dari fail yang sedia ada di drive c

47

53

 

2

Saya boleh mengimport grafik dan gambar dari CD ‘photo galery’

 

47

53

 

3

Saya boleh menggunakan alat pengimbas ‘scanner’untuk mengimport grafik dan gambar

59

41

 

4

Saya boleh mendapatkan gambar dan grafik dari internet

 

76

24

 

5

Saya boleh membuat grafik sendiri dengan program melukis (draw)

 

53

47

 

 

 

 

 

Integrasi Multimedia

 

1

 

2

 

3

1.

Saya boleh membina persembahan multimedia menggunakan Power Point

 

76

24

 

2.

Saya boleh membina persembahan multimedia menggunakan alat pengarangan  Authorware

29

65

6

3.

Saya boleh membina persembahan multimedia menggunakan alat pengarangan Flash

12

76

12

4

Saya boleh membina persembahan tak linear saperti laman web

 

24

65

12

5.

Saya boleh memasukkan unsur bunyi ,suara atau muzik ke persembahan multimedia saya

41

59

 

6.

Saya boleh memasukkan unsure audio dan video ke persembahan multimedia saya

35

53

12

7.

Saya boleh membuat animasi pada persembahan yang saya bina.

 

35

65

 

8.

Saya boleh membuat rakaman suara dan menyimpan fail tersebut

 

29

65

6

9.

Saya boleh memasukkan bahan dari internet atau CC pada persembahan multimedia(powerpoint/words) yang saya bina.

41

53

6

 

 

Pengkalan Data (Data Base contoh microsoft excess)

 

1

 

2

 

3

1

Saya boleh membina pengkalan data

 

18

71

12

2

Saya boleh menggunakan pengkalan data

 

24

65

12

3

Saya boleh menghasilkan laporan menggunakan pengkalan data

 

24

65

12

 

 

Spread sheet (microsoft excel)

 

1

 

2

 

3

1

Saya boleh membina dan menggunakan spreadsheet

 

29

65

6

2

Saya boleh membentangkan maklumat dari spreadsheet secara grafik

 

29

65

6

3

Saya boleh memasukkan formula-formula untuk penggunaan komputasi spreadsheet

35

53

12

 

 

Teknologi CD/DVD

 

1

 

2

 

3

1

Saya menggunakan CD/DVD saperti ensaiklopedia,clip art, aktiviti pembelajaran dan permainan

65

35

 

2

Saya tahu bagaimana untuk meneroka dan menilai CD/DVD untuk penggunaan pendidikan

71

29

 

3

Saya tahu bagaimana hendak ‘install sofware’

 

71

21

6

Wannoraini2003ukm