Make your own free website on Tripod.com

KEPELBAGAIAN PERSONALITI PELAJAR

TUGASAN 2

GE 6353 ASAS PENDIDIKAN KOMPUTER

 

Teori Personaliti Jung

 

Carl Gustav Jung seorang ahli psychiatry dilahirkan pada 26 Julai 1875 disebuah perkampungan kecil di Swiss. Beliau adalah seorang yang sangat meminati Freud Sigmund dan pernah bertemu dengan Freud di Vienna pada tahun 1907. Carl Jung berpendapat bahawa manusia bukanlah mangsa kepada warisan baka dan persekitaran. Malah manusia adalah aktif di dalam menentukan corak hidup mereka sendiri. Pernyataanya ini menolak dakwaan rakan karibnya, Freud Sigmund yang menyatakan bahawa seks berperanan dalam menentukan perkembangan personaliti seseorang itu.

 

Jung berpendapat bahawa manusia mempunyai tujuan dan matlamat dalam kehidupan mereka. Segala tindak tanduk seseorang bukan sahaja ditentukan oleh peristiwa-peristiwa masa lampau tetapi juga oleh aspirasi-aspirasi dan cita-cita di masa hadapan. Konsep ini disebut sebagai teleology dan causality oleh Hall dan Lindzey (1966).

 

Jung melihat manusia akan sentiasa berusaha untuk terus berkembang bagi mencapai nirwana kendiri. Manusia dianggap oleh Jung sebagai seorang yang kreatif dan optimistik. Walaupun Jung lebih mementingkan masa depan, namun ia tidak mengabaikan masa lampau.

 

Struktur Personaliti 

 

Bagi Jung, setiap asas struktur personaliti seseorang itu saling bergantung antara satu sama lain, walaupun terdapat perbezaan. Antara asas yang utama adalah;

1.      Ego

Ego adalah pusat bagi alam sedar. Ia bertanggungjawab ke atas cara kita berfikir, merasa, mengamati dan mengingati semula. Ini secara tidak langsung memberi rasa kesinambungan dan identiti serta menjadi asas cara kita mengamati dunia dan diri sendiri.

2.      Alam tidak sedar peribadi (personal unconscious)

Dalam pengalaman hidup yang pelbagai, terdapat pengalaman yang mempunyai unsur-unsur yang sama dan akan terhimpun menjadi sesuatu yang kompleks dengan himpunan perasaan, persepsi dan kenangan.

 

3.      Alam Tidak Sedar Himpunan (Collective Unconscious)

Ia berkaitan dengan pengalaman individu dan berkisar pada bangsa, keturunan ataupun kaum yang diwarisi melalui zaman-berzaman.

 

4.      Persona Dan Topeng

Setiap individu ada dua jenis personaliti iaitu personaliti individu dan personaliti awam. Pesona merupakan topeng yang dipakai bagi mencerminkan personaliti awam mengikut kehendak dan norma masyarakat. Di dalam masyarakat, seseorang memainkan peranan yang berbagai rupa yang ditetapkan oleh masyarakat. Seseorang itu boleh memainkan semua peranan bagi memenuhi semua kehendak masyarakat sehingga ada kalanya ia gagal memenuhi keperluan sendiri.

 

5.      Anima Dan Animus

Jung menganjurkan bahawa setiap lelaki dan perempuan mempunyai ciri-ciri kelakian dan keperempuanan. Orang lelaki mempunyai ciri-ciri keperempuanan dinamakan anima. Ini akan membuatkan orang lelaki dapat memahami orang perempuan manakala orang perempuan pula (animus) akan memahami orang lelaki. Penafian akan kewujudan ciri-ciri ini akan melahirkan masalah kerana ia melibatkan kerunsingan emosi.

 

 

 

6.      Bayangan

Ia merupakan sikap yang jauh terpendam dan jika tidak dihidupkan, kreativiti dan kemahiran seseorang itu akan terkubur. Tetapi apabila berhadapan dengan bayangan, ego terpaksalah memainkan 2 peranan utama iaitu:

Ř      mengarah dan mengawal bayangan agar naluri jahat menjadi jinak dan tertib agar dapat berinteraksi dengan orang lain

Ř      menggalakkan bayangan untuk melahirkan keupayaan dan kreativiti yang ada agar kehidupan individu itu menjadi lebih hidup, segar dan seronok.

 

7.       Kendiri

Kendiri merupakan kesatuan, keseluruhan dan kesepaduan personaliti. Ia adalah pusat bagi personaliti. Menurut Jung, kendiri hanya wujud bila individu berada pada peringkat pertengahan umur. Kendiri mendorong setiap individu berusaha ke arah masa depan. Kendirilah juga yang menjadikan seseorang itu unik dan menjadi tenaga pendorong yang utama dalam setiap individu.

 

8.      Sikap – Introversi Dan Ekstraversi

Semasa sikap berkembang, ia dipengaruhi oleh dua jenis sikap yang berbeza iaitu;

Ř      ekstroversi – personaliti yang suka bergaul, bersikap terbuka dan peramah

Ř      introversi – personaliti yang pemalu, tidak banyak bercakap, bersendirian dan suka memikirkan hal-hal peribadi sendiri secara subjektif.

Kedua-dua sikap ini wujud dalam semua individu. Seseorang tergolong dalam personaliti ini berdasarkan jenis sikap yang lebih berkuasa ke atas dirinya.

 

Fungsi Psikologi – memikir, merasa, intuisi dan deria/emosi

Seperti juga sikap, keempat-empat fungsi ini memang wujud dan memang digunakan oleh setiap individu. Bezanya, tidak semua orang menggunakan keempat-empat fungsi ini dengan cara yang sama dan dengan cara yang sama banyak. Perbezaan di dalam cara menggunakan fungsi inilah telah menghasilkan pelbagai jenis personaliti. Bagi Jung terdapat

Ř      Jenis memikir – yang membuat tindakan secara logik, dan menghadapi sesuatu situasi itu dengan tenang, objektif dan rasional.

Ř      Jenis merasa – yang mengutamakan nilai-nilai dan aspek-aspek subjektif. Mereka tidak banyak mengutamakan aspek pemikiran

Ř      Jenis deria/emosi yang mengamati segalanya secara langsung melalui sistem deria

Ř      Jenis intuisi yang sentiasa bersedia untuk menghadapi semua kemungkinan di dalam sesuatu situasi itu. Tindak tanduknya tidak terbatas kepada fakta, perasaan atau idea semata-mata.

 

Melihat kepada idea sikap dan fungsi ini, kita seolah-olah didedahkan kepada kategori yang jelas. Sebenarnya bagi Jung, kategori yang jelas seperti ini tidak wujud. Justeru itu, di dalam membahagikan individu kepada kategori tertentu sama ada berdasarkan sikap atau fungsi, kita haruslah melihat sikap atau fungsi yang lebih berkuasa pada diri seseorang itu.  Hnaya dengan cara sedemikian, kita dapat mengkategorikan individu itu kepada jenis personaliti yang sewajarnya.

 

 

KOMPONEN PERSONALITI DARI KACAMATA CARL JUNG

 

Asas Proses Mental

Hasil pemerhatian Jung mendapati individu lebih memberi fokus tenaga mereka dan juga lebih bertenaga oleh dunia luaran manusia, pengalaman dan aktiviti atau oleh dunia dalaman seperti idea, memori dan emosi. Beliau memangil dua orientasi ini sebagai tenaga extraversion (pelakuan di dalam dunia luaran) dan introversion (menunjukkan atau memaparkan dunia dalaman).

 

Organisasi maklumat untuk membuat rumusan

 

merasa

 

instuisi

 

memikir

 

emosi

 
 

 

 

 

 

 

 

 


ORIENTASI TENAGA

Ketika setiap satu daripada empat proses mental iaitu deriarasa, gerak hati (naluri), fikiran dan perasaan, kesemuanya mempunyai karektor tekaan masing-masing, setiap satu daripadanya juga menunjukkan keadaan yang berbeza tertakluk sama ada proses itu difokuskan kepada dunia luar Extraverted atau dunia dalaman Introverted.

 

Pengarahan Keluar

 

Pengarahan Masuk

 
 

 

 

 

 

 

 


8 FUNGSI MENTAL JUNG

 

Mencantumkan kedua-dua orientasi yang berbeza itu kepada dunia dengan empat proses mental, Jung memaparklan lapan bentuk fundamental yang melibatkan aktiviti mental manusia.

 

 

 

Organisasi maklumat untuk membuat rumusan

 

Judging

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


MENGAPA TERDAPAT KEPELBAGAIAN PELAJAR DARI ASPEK PERSONALITI

 

Ketika kesemua lapan proses mental ini boleh diperolehi dan digunakan setiap orang, Jung percaya bahawa manusia adalah berbeza secara semulajadi dan memilih apa yang mereka ingini. Kehendak pilihan semulajadi bagi satu daripada fungsi itu berbanding yang lain, mendorong individu untuk menumpukan tenaga terhadapnya dan untuk membentuk tabiat pelakuan dan pattern karektor personaliti bagi fungsi itu. Jung mentakrifkan mereka yang lebih suka kepada proses mental dikenali sebagai fungsi dominan.

 

Perbezaan di dalam fungsi mental iaitu yang lebih digemari, digunakan, dan pembentukannya mendorong kepada perbezaan fundamental (asas) di kalangan manusia. Bagi keputusan pattern perkelakuan yang boleh diduga, seperti interaksi dinamik dengan fungsi mental yang lain, dan ia membentuk jenis-jenis personaliti

 

PEMBANGUNAN TEORI JUNG OLEH MYERS DAN BRIGGS

 

Jung mengfokus kepada 8 fungsi dominan yang dikenalpasti. Ia juga melihat ada orang yang menggunakan fungsi-fungsi yang lain mengikut hieraki kecenderungan. Terma yang digunakan untuk menggambarkan jenis individu adalah;

 

·        Fungsi dominan

·        Fungsi auxiliary

·        Fungsi tertiary

·        Fungsi inferior

 

Berdasarkan idea-idea ini Myers dan Briggs telah membangunkan 16 jenis petunjuk yang digunakan dalam menentukan ciri-ciri perbezaan norma personaliti individu.

 

FUNGSI DOMINAN

Fungsi auxiliary

JENIS MBTI

Introvert Merasa

Introvert Merasa

Extravert Merasa

Extravert Merasa

Bersama Extravert memikir

Bersama Extravert emosi

Bersama Introvert memikir

Bersama introvert emosi

ISTJ

ISFJ

ESTI

ESFP

Introvert Intuisi

Introvert Intuisi

Extravert Intuisi

Extravert Intuisi

Bersama Extravert memikir

Bersama Extravert emosi

Bersama Introvert memikir

Bersama introvert emosi

INTJ

INFJ

ENTI

ENFP

Introvert Memikir

Introvert Memikir

Extravert Memikir

Extravert Memikir

Bersama Extravert merasa

Bersama Extravert intuisi

Bersama Introvert merasa

Bersama introvert intuisi

ISTP

INTP

ESTJ

ENTJ

Introvert Emosi

Introvert Emosi

Extravert Emosi

Extravert Emosi

Bersama Extravert merasa

Bersama Extravert intuisi

Bersama Introvert merasa

Bersama introvert intuisi

ISFP

INFP

ESFJ

ENFJ

 

 

TEORI DINAMIK PERSONALITI

 

Teori Dinamik Personaliti menyatakan teori Jung dan 16 type MBTI, tidak menunjukkan ciri ‘kotak statik’, malah mereka menggambarkan suatu sistem tenaga dinamik dengan proses saling berkait.

Myers dan Briggs membentuk 4 cabang kecenderungan mengikut skala:

v     Extraversion-Introversion

v     Sensing-Intuition

v     Thinking-Feeling

v     Judging- Perceiving

Setiap kecenderungan yang dikenalpasti oleh MBTI mempunyai pelbagai aspek untuk dipertimbangkan dan untuk menambah kefahaman diri individu itu sendiri atau diri orang lain

 

EMPAT DIKOTOMI KECENDERUNGAN PERSONALITI

 

Bahagian ini mengkelaskan manusia mengikut empat dikotomi kecenderungan personaliti Mengikut empat dikotomi kecenderungan ini manusia mungkin akan dikategorikan sebagai;

Ř      Extraverts atau introverts

Ř      Sensors atau intuitors

Ř      Thinkers atau feelers

Ř      Judges atau perceiverts

 

 

 

KATEGORI - EXTRAVERTS ATAU INTROVERTS

 

Ciri –Ciri Extraverts

Ciri-Ciri Introverts

 

Tertarik dengan persekitaran luar

Suka berkomunikasi secara verbal

Menyampaikan idea secara langsung

Suka pembelajaran secara perbincangan

Minat yang meluas

Sosial dan suka menonjolkan diri

Sedia mengambil inisiatif dalam pekerjaan dan perhubungan.

Terperangkap dalam dunianya tersendiri

Cenderung untuk berkomunikasi dalam penulisan

Suarakan pandangan dengan refleksikan idea tersebut

Belajar dengan cara refleksi dan latihan mental

Memfokus secara mendalam kepada kehendak diri sendiri

Menyendiri dan memendam perasaan

Mengambil insiatif apabila sesuatu isu atau situasi penting kepada diri sendiri

 

 

KATEGORI - MERASA ATAU INTUISI (Gerak Hati)

 

Ciri –Ciri Merasa

Ciri-Ciri Intuisi

 

Orentasi kepada realiti semasa

Fakta dan konkrit

Fokus kepada apa yang sebenar dan betul

Memerhati dan mengingati secara spesifik

Berhati-hati dan teliti apabila membuat sesuatu kesimpulan

Memahami idea atau pendekatan teori melalui aplikasi praktikal

Percaya kepada pengalaman

Berorentasikan kepada kejadian akan datang/ masa depan

Kreatif dalam imaginasi secara verbal

Fokus kepada model/corak dan makna dalam data

Mengingati secara spesifik apabila dikaitkan dengan model/corak

Cepat mengambil kesimpulan, mengikut firasat

 

KATEGORI - PEMIKIRAN ATAU EMOSI

 

Ciri –Ciri Pemikir

Ciri-Ciri Emosi

 

Analitik

Gunakan sebab dan akibat apabila memberi pandangan

Selesaikan masalah secara logik

Berazam untuk mencapai kebenaran yang objektif

Munasabah

Tegas dalam pemikiran

Adil dan mahu setiap orang dilayan secara samarata.

Empati-daya menyelami dan memahami perasaan orang lain

Dipandu oleh nilai-nilai peribadi

Menilai kesan keputusan ke atas orang lain

Berazam untuk keharmonian dan teraksi yang positif

Belas kasihan

Berhati lembut

Adil dan mahu setiap orang secara individu

 

 

 

KATEGORI - MENGADIL ATAU MEMERHATI

 

Ciri –Ciri mengadil

Ciri-Ciri memerhati

 

Mempunyai jadual

Hidup dengan teratur

Sistematik

Tersusun danteratur

Perancangan jangka panjang dan jangka pendek

Melakukan sesuatu yang telah ditetapkan

Cuba mengelak tekanan di saat akhir

Sepontan

Tidak tetap @ fleksibal

Tidak formal

Terbuka / ‘open –ended’

Penyesuaian ikut keadaan

Suka kepada sesuatu yang bebas dan boleh berubah

Bertenaga di saat akhir

 

 

MENILAI PERSONALITI DAN CORAK PERSONALTI BERDASARKAN 16 KOMBINASI MBTI

 

Menilai Personaliti Pelajar Menggunakan Instrumen MBTI

Menurut ahli psikologi Carl Jung, pelajar boleh dikelaskan dan mungkin akan dikategorikan sebagai;

Ř      Extraverts atau introverts

Ř      Sensors atau intuitors

Ř      Thinkers atau feelers

Ř      Judges atau perceivers

 

Manakala Instrumen MBTI telah mengkategorikan pelajar dengan lebih terperinci mengikut 16 jenis kombinasi yang diperlihatkan dalam bentuk 4 huruf saperti yang telah dihuraikan terdahulu iaitu ISTJ, ISFJ, INFJ, INTJ, ISTP, ISFP. INFP, INTP, ESTP, ESFP, ENFP, ENTP, ESTJ, ESFJ, ENFJ dan ENTJ. Ciri-ciri meraka secara ringkasnya :

 

ISTJ-   Pendiam, serious, bertanggungjawab, memastikan semua kerja dalam keadaan

teratur di tempat kerja, di rumah mahupun dalam kehidupan serta menghargai

kesetiaan.

ISFJ – Pendiam, mesra, bertanggungjawab,komited dan tenag menjalankan kewajipan, mengambil berat terhadap perasaan orang lain.

ESTP- Bertenaga, kerap menyelesaikan masaalah, dapat memberi maklumbalas  yang kreatif dalam menghadapi situasi yang mencabar.kerap mencari cara baru untuk menggunakan sistem sedia ada. Kreatif dalam melakukan kerja-kerja yang sukar dan tugas jadi lebih menarik.Boleh menjadi ahli kumpulan yang baik.

ESFP- Pencinta alam, menyeronokan ketika bersama orang, makanan, pakaian , binatang, alam semula jadi dan aktiviti-aktiviti. Mereka tidak membenarkan peraturan menguasai kehidupan mereka, fokus terhadap keperluan manusia secara kreatif.

INTJ – Mempunyai pendirian dan kesungguhan untuk melaksanakan ide-ide  dan mencapai matlamat mereka. Bertanggungjawab dengan tugasan serta melaksanakannya hingga selesai. Tidak mengharapkan orang lain serta mempunyai keupayaan tinggi.

INFJ - Mempunyai gerakhati dan dapat memahami perkara-perkara yang kompleks serta hubungan manusia . mempunyai empati untuk memahami perasaan dan motivasi orang lain sebelum meraka menyedarinya.

ENTP- Kreatif, imaginatif dan cerdek, inovator yang penuh semangat , kehidupan mereka penuh dengan pelbagai kemungkinan, konsep yang menarik dan cabaran yang menyeronokkan. Teransang dengan kesukaran.teortikal, konseptual dan ingin tahu.

ENFP- Innovator, memulakan projek serta mengarahkan denga bersungguh-sungguh untuk memastikan ia berjalan.menggunakan gerakhati secara luaran. Teransang dengan orang baru, idea dan pengalaman.,mempunyai sikap ingin tahu, kratif dan imaginatif, bertenaga , bersungguh-sungguh serta bertindak secara spontan.

ISTP-   Berfikiran pantas dapat menyusun data serta menilai secara objektif, pengkritik yang objektif, analitikal dan logikal dalam menyelesaikan masaalah

ESTJ- Menyelesaikan masaalah secara objektif, tegas apabila diperlukan. Tidak menerima kekeliruan, ketidakcekapan atau penyelesian yang tidak sempurna. Bersifat logik, analatikal, dan objektif,jelas dan tegas.

ENTJ- Pengkritik semulajadi, menetapkan standard sendiri dan dengan mempunyai kekuatan untuk melaksanakannya terhadap orang lain, organisasi dan untuk diri sendiri.analtikal, logikal dan kritkal, tegas dan jelas.Pemikir yang memikir secara konseptual dan global. Teori dan perancang yang inovatif.

ISFP - Mempunyai nilai diri yang mendalam, boleh dipercayai, baik dan memahami, sensitif, ingin menyumbang kepada kebahagian orang lain.Tidak gemar kepada rutin tetapi akan bekerja dengan penuh semangat dan dedikasi.

INFP-  Sensitif dan mengambil berat. Idealistik dan setia kepada idea sendiri , bersifat ingin tahu dan kreatif. Memahami keperluan orang lain.

ESFJ – Suka menolong, bersimpati terhadap orang lain, rendah diri, mudah terluka dengan sesuatu perkara yang tidak baik. Keadaan yang tegang membuatkan meraka tidak selesa.

ENFJ-  Mudah memahami orang lain,menggunakan empati untuk memahami keperluan emosi. Fokus mereka ialah memberi sokongan dan galakan terhadap manusia.

            Setia dan boleh dipercayai. Imaginatif dan kreatif. Sukakan pelbagai cabaran.

INTP- Cuba mencari jawapan yang logik bagi perkara-perkara yang mereka gemari. Mempunyai keupayaan yang tinggi serta fokus dalam menyelesaikan masaalah yang mereka gemari.. kritiksal dan kerap analatikal.

 

Jenis dan Gaya Belajar serta strategi Pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diaplikasikan

 

Gaya belajar seseorang pelajar mungkin berbeza dari orang lain, sesetengah pelajar belajar terbaik dengan cara dengan begitu berhati-hati dan memastikan setiap langkah dibuat dengan lengkap sebelum memulakan permaianan baru. Terdapat juga pelajar yang lebih suka memerhati orang lain sebelum mereka sendiri mencubanya. Sesetengah pelajar lebih suka belajar sambil melaluinya, ada juga yang belajar dengan berinteraksi dengan orang lain. Ada pelajar yang belajar dengan fokus sendiri, suka mengetahui peraturan dan mematuhinya dan sesetengah suka membuat peraturan sendiri dan kerap menukarnya.

 

Model Jung mencadangkan seseorang akan belajar dengan terbaik apabila meraka dapat memberi pengarahan yang berkesan terhadap fungsi dominan mereka . Untuk memperkembangkan keupayaan dan keyakinan dalam fungsi dominan, seseorang pelajar memerlukan galakan dan sokongan supaya mereka dapat belajar dengan cara semulajadi yang menjadi pilihan mereka.

 

Ekstravert dan Introvert

 

Pelajar ekstravert dan introvert juga turut mempunyai pendekatan pembelajaran yang berbeza . Pelajar-pelajar extravert belajar secara menerangkan kepada orang lain, biasanya mereka tidak sedar apa yang mereka tidak tahu sehingga apabila mereka memberi penerangan atau mengajar orang lain. Pelajar extravert gemar belajar secara kumpulan. Manakala Pelajar introvert mahu membina kerangkakerja yang menggabungkan pengisian subjek. Pada mereka maklumat perlu digabungjalin untuk membentuk ilmu. Ilmu itu dalam bentuk gabungan dan menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh. mereka juga memerlukan masa, ruang dan keadaan diam untuk proses dalaman.

 

Pelajar –pelajar ektravert dan introvert memerlukan pendekatan starategi pengajaran yang berbeza . Bagi pelajar ekstravert pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai ialah kaedah pembelajaran aktif dimana pembelajaran aktif melibatkan perbincangan dalam kumpulan kecil, role playing dan sumbangsaran. Jenis perisian yang digunakan menggunakan pendekatan PPBK tutorial dan gabungan-gabungan lain saperti latih tubi. Manakala strategi pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar introvert  pula ialah belajar secara pengalaman iaitu melibatkan empat kualiti, penglibatan secara personal, insiatif kendiri, penilaian kendiri dan kesan yang meresap ke atas individu..

 

Empat Pembawaan dalam MBTI

 

Berdasarkan Teori Pembawaan (Kiersey et al.,1978) , 16 jenis MBTI  dirangkumkan menjadi empat iaitu

 

 

Pelajar SJ (lebih kurang 38% daripada populasi) belajar secara sistematik. Pelajar –pelajar pembawaan ini boleh mengikuti system pendidikan sedia ada. Aktiviti yang digemari lebih kepada sesuatu yang berstruktur dan terarah. Suka menghafal dan melakukan kerja secara terperinci.Sebagai guru pendekatan yang sesuai bagi pembawaan SJ ialah menjalankan aktiviti menggunakan komputer dengan bahan perisian berbentuk tutorial diikuti dengan latihtubi dan ujian online. Menggunakan strategi pembelajaran aktif samaada individu atau kumpulan.

 

Pelajar SP (lebih kurang 38% daripada populasi) mudah bosan akan suatu sistem pembelajaran yang sama atau rutin. Pelajar ini memerlukan input sensori , aksi dan penglibatan yang berterusan. Mereka tidak berminat kepada arahan, penerangan yang panjang lebar dan “chalk and talk”. Oleh itu pembelajaran mereka sesuai menggunakan perisisn berbentuk penerokaan iaitu  perisian berbentuk permainan , simulsi dan penyelesaian masaalah. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara pengalaman dimana guru hanya bertindak sebagai fasilitator.

 

Pelajar NF ( lebih kurang 12% daripada populasi) merupakan pelajar bermotivasi tinggi, sentiasa menganggap dengan belajar akan membantu kehidupan mereka. Pelajar ini mempunyai sikap suka membantu dan mempunyai empati yang tinggi. Oleh itu pembelajaran koperatif sangat sesuai untuk mereka .Terdapat 5 elemen yang menyebabkan ia sesuai bagi pelajar jenis NF iaitu dalam pembelajaran kumpulan koperatif ,pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran kumpulan. Pelajar perlu melakukan tugasan bersama dengan berkongsi sumber, tolong menolong, memberi dorongan dan mengiktirafkan kejayaan yang diperolehi antara satu sama lain. Perisian yang digunakan berbentuk tutorial, simulasi, latihtubi.

 

Pelajar NT (lebih kurang 12% daripada populasi) suka berdikari,berkeinginan tinggi untuk belajar, mudah mahir dalam bidang-bidang yang dipilih, tetapi tidak berminat dengan pembelajaran yang berbentuk diarah. Pelajar NT sukakan kebebesan belajar dan meneroka sesuatu yang baru . Pelajar NT merupakan pelajar yang pintar. Pembelajaran berbentuk penerokaan adalah sesuai bagi pelajar NT. Pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif akan menambahkan keupayaan berfikir pelajar-pelajar jenis ini.

 

 

KAJIAN MENENTUKAN JENIS MBTI PELAJAR-PELAJAR KELAS GE6353 SEM1 SESI 2003/2004

 

Terdapat beberapa instrumen yang boleh menetukan jenis MBTI seseorang . Soalselidik yang dibina dapat menentukan kecenderungan seseorang samaada  E (Ekstarvert ) atau I (introvert), S (sensing) atau N (intuitif), T (thinking) atau F (feeling) dan J(judging ) atau P(perceptif). Dari satu kajian dimana respondan terdiri daripada 12 orang pelajar kelas GE6353 Semester 1, sesi 2003/2004 telah menjawab soalselidik dari instrumen yang dibina oleh pensyarah UKM. dapatan kajian menunjukkan terdapat seramai 5 pelajar iaitu 42% mempunyai jenis MBTI ISTJ, 4 pelajar iaitu 33% jenis ESTJ manakala terdapat seorang atau 8% masing-masing bagi jenis ENTP,ENTJ dan ESFJ . hasil kajian menunjukkan ramai antara pelajar terdiri dari pembawaan SJ manakala hanya terdapat 16% pelajar terdiri dari pembawaan NT. Dapatan ini bukan hanya dapat membantu setiap pelajar mengenal diri mereka , menyedari ciri –ciri mereka  , kekuatan yang ada ,menyedari apa yang orang lain fikir terhadap diri mereka dan diruang mana mereka dapat eksploitasikan serta mempertingkatkan lagi keupayaan mereka . pelajar-pelajar juga dapat mengenali dan lebih memahami kawan-kawan mereka, menyedari  kelebihan yang ada  serta menghargainya dan menggunakan peluang ini untuk bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Dapatan kajian juga dapat membantu Pensyarah memahami setiap pelajar, ciri-ciri mereka serta cara mereka belajar, kekuatan yang ada bagi setiap pelajar, dengan ini mudah bagi pensyarah untuk menyesuaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi setiap pelajar serta mengeksploitasi kelebihan masing-masing.

 

RUMUSAN

 

Teori Carl Jung telah membantu kita memahami mengapa seseorang itu berbeza dari orang lain. Setiap orang jika dibenarkan belajar menurut cara semulajadinya akan memberi kesan dan pencapaian yang maksimun dalam pembelajaran mereka. Adalah baik bagi seseorang pendidik mengenali setiap pelajar mereka, supaya mereka dapat improvise atau mengubahsuai strategi pengajaran bersesuaian dengan pelajar-pelajar. Galakan dan sokongan  serta memahami pelajar akan memberi kesan yang positif  terhadap pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajar. Namun begitu dengan kewujudan teknologi komputer pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang mempunyai personaliti yang berbeza dalam waktu pembelajaran yang sama , dengan kaedah pengajaran konvensional kita sedar kekangan yang dihadapi guru untuk menggunakan lebih dari satu kaedah jika hendak mengambil kira keperluan pembelajaran yang berbeza antara pelajar. Dengan memahami situasi ini tugas dan tanggungjawab guru akan jadi lebih mencabar, pendidik perlu lebih inovatif dalam penyampaian ilmu serta merujuk kepada bantuan teknologi untuk mengukuhkan cara pengajaran mereka.

 

 

 

BIBLIOGRAFI

 

Cloninger, C.Susan. 2000. Theories of Personality: Understanding Persons. New Jersey      Prentice Hall.

 

Mohd Mansur Abdullah. 1997. Kaunseling, Teori, Proses dan Kaedah. Shah Alam. Fajar      Bakti.

 

Pratt, 2000. Accommodating student learning preference using the Myers-Briggs Type Indicators and Web Technology in Engineering Educations Strategising Teaching and learning in the 21st century..pg 706-721

 

Amir Awang.  1987. Teori dan Amalan Psikoterapi. Universiti Sains Malaysia.

Myers, tiada tarikh, A Guide to Understanding Your Results on the Myers-Briggs Type Indicator.

 

Richard S. Sharf. 1999. Theories of  Psychotherapy and Counseling: concepts and cases. New York. Brooks/Cole Thomson Learning.

 

.